Assalamu'alaikum..
Salam Maulidur Rasul! Perbanyakkan lah berselawat ke atas junjungan nabi kita,iaitu nabi Muhammad SAW,bila tengok balik,,dah lama aku tak update cerita baru,,tapi sekarang...BOOOM! I'm BACK!! Oh ya,,sebelum aku lupa,sekarang ni kan dah tahun baru kan? So aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR! Semoga tahun baru ini kita murah rezeki dan mengubah diri kita kepada yang lebih baik daripada yang sebelum ni.. Sempena tahun baru nih,kita perlulah memupuk semangat dan azam yang baru,tapi takkan lah setiap awal tahun je ye dak? Setiap saat,minit,jam,hari,bulan dan sebagainyapun boleh jugak kan? *Hish,tiba-tiba jadi penceramah yang tak berbayar lak ni apa pasal? =,=''*
Aku sebenarnya rindu kat kelas aku tahun lepas,6 Dahlia (2013). I miss my classmate and my teachers TAN MUCHO!! Suka dan duka kitorang dikongsi bersama,,pahit dan manis pun sama. Sekarang ni bila aku dah masuk tingkatan 1,aku rasa macam janggal aje setiap kali belajar.. Tak tau sebab ape. Mungkin sebab suasana yang lain kot. Bila ingat balik time aku dapat keputusan UPSR dulu memang rasa macam nak curi Doremon punye mesen masa untuk putarkan balik masa #ThrowBackWeyh# . Masa tu aku rasa bersyukur sangat sebab dapat 4A 1B UPSR,rasa macam nak buat tarian kuda kepang kat situ gak. Walaupun keputusan aku bukannya sepenuh-penuhnya A,tapi aku tetap bersyukur sebab usaha aku selama nih tak sia-sia.
Tapi,aku masih ingat lagi masa tuh aku tengah menduduki UPSR,aku sempat lagi tengok pesta bola merdeka. Tengok tak? Malaysia jadi juara weyh! Rozaimi Rahman jadi machine goal,pemain yang paling banyak menjaringkan gol. Hesh sesat mane tah aku nih,daripada cerita UPSR terus tukar jadi bola.
Tapi apepun kelas aku yang terbaik...